Jumaat, 12 April 2013

gerak gempur jkk kampung sg mas sg lembing

perbincangan mengenai hal hal berbangkit mengenai isu isu kampung kg sg mas mendebatkan isu isu pelbagai membangunkan jawatan kuasa betindak ke arah kemajuan,keharmonian kampung.di peringkat kepimpinan pihak batin,selaku penggerak,ajk jkkk diperhatikan oleh pemehati .

mesyuarat agong TSK peserta bersama kontraktor dan JAKOA daerah Kuantan di kampung Sg,Mas Sg lembing


Khamis, 11 April 2013

unggas rimba

Jebak adalah nama salah satu bagi perangkap burung ,terdapat berberapa rupa bentuk saiz jebak yang boleh dihasilkan oleh masyarakat orang asli ,mahupun orang melayu di sungai lembing,Bagi masyarakat di disini jebak di gunakan memerangkap jenis burung-burung yang tertentu sahaja untuk di pelihara sendiri dan kemudiannya dilepaskan sekiranya dalam masa terdekat tiada sesiapa yang meminati burung-burung yang ditangkap.kebayakakan hasil pembuatan jebak adalah dengan kayu yang di potong bersaiz 1cm yang lebih moden,tetapi bagi masyarakat orang asli disini menggunakan sejenis tumbuh yang terdapat di dalam hutan.
cara membuat jebak adalah merumitkan serta halus kerana setiap kali membinanya ketelitian adalah elemen penting untuk menghasilkan jebak,jebak bertindak sebagai perangkap kepada burung lain apabila salah seekor burung dijadikan pengumpan,maka burung tersebut akan memanggil burung yang sejenis denganya untuk memasuki ruang jebak kiri dan kanan.

sesetengah masyarakat yang moden,jebak di jadikan hiasan di ruangan beranda,taman belakang rumah sebagai penarik perhatian tetamu yang datang.Ada yang di letakkan lampu di bahagian dalam nya untuk menghasilkan efek cahaya yang cantik


keperihatinan kerajaan setempat dan pusat amatlah di perlukan oleh masyarakat orang asli sungai mas,sungai lembing

Beginilah rupa jalan kampung orang asli sungai mas yang terletak di sungai lembing daerah kuantan,jarak hanya 42 kilometer dari bandar kuantan,Kekurangan infrasuktur dan kemudahan menjadi elemen dan nadi rakyat yang terpinggir.kampung sungai mas mendapat jolokan salah satu tempat riadah mandi manda dan perkelahan,mungkin di mata orang luar kampung ini hanya layak dilakukan sebegini rupa,dulu adanya jalan yang berturap kini tinggal jalan yang hanya berbatu dan berhabuk.sedang masyarakat orang asli di sini dahagakan pembangunan infrasuktur yang sewajarnya meskipun kampung ini bukan salah satu dari hasil pelombongan,tanaman sawit,yang bermandikan pembangunan dan infrasuktur yang baik.Disini hanya terdapat buah buahan,petai,yang mana tidak nampak keuntungan bagi pihak tertentu untuk di jadikan perhatian sewajarnya.

hampir berberapa tahun,nasib masyarakat di sini mengeluh selepas rosaknya jalan di sini akibat pembinaan empangan,laluan lori kayu balak,lori pasir,lori batu yang menerima bebanan adalah masyarakat disini. Ada dikalangan YB,yang memberikan kata-kata manis untuk menunaikan permintaan rakyat dan masyarakat disini untuk menurap semula jalan yang hanya selebar lebih kurang 7-8 kaki lebar sepanjang lebuh kurang 13 kilo meter menghubungkan kampung ini ke bandar sungai lembing.Kalau ada pun hanya sekerat jalan sahaja,itupun baru berberapa bulan kini dah berlobang kembali.

Masa kini,masyarakat disini mungkin berasa berkecil hati,dulunya menyokong sebulat sura kepada kerajaan BN yang sanjungi kini,lihatlah sendiri..mungkin untuk cerita dulu..bertapa mereka menyanjungi kerajaan BN,tetapi berkemungkinan mereka berpaling kearah yang lain untuk perhatian.nak salahkan siapa?.

Disini tiada emas untuk untuk dijadikan kebanggaan,disini tiada telaga minyak untuk sebut-sebutkan dan disini tiada apa yang diperkenankan,maka terpinggirlah kami anak watan dilaluan berbatu batan biarpun di bawah jajahan kuantan..

masyarakat disini inginkan perhatian,dahagakan pembangunan untuk anak-anak bangsa orang asli kampung sungai mas.