Khamis, 11 April 2013

keperihatinan kerajaan setempat dan pusat amatlah di perlukan oleh masyarakat orang asli sungai mas,sungai lembing

Beginilah rupa jalan kampung orang asli sungai mas yang terletak di sungai lembing daerah kuantan,jarak hanya 42 kilometer dari bandar kuantan,Kekurangan infrasuktur dan kemudahan menjadi elemen dan nadi rakyat yang terpinggir.kampung sungai mas mendapat jolokan salah satu tempat riadah mandi manda dan perkelahan,mungkin di mata orang luar kampung ini hanya layak dilakukan sebegini rupa,dulu adanya jalan yang berturap kini tinggal jalan yang hanya berbatu dan berhabuk.sedang masyarakat orang asli di sini dahagakan pembangunan infrasuktur yang sewajarnya meskipun kampung ini bukan salah satu dari hasil pelombongan,tanaman sawit,yang bermandikan pembangunan dan infrasuktur yang baik.Disini hanya terdapat buah buahan,petai,yang mana tidak nampak keuntungan bagi pihak tertentu untuk di jadikan perhatian sewajarnya.

hampir berberapa tahun,nasib masyarakat di sini mengeluh selepas rosaknya jalan di sini akibat pembinaan empangan,laluan lori kayu balak,lori pasir,lori batu yang menerima bebanan adalah masyarakat disini. Ada dikalangan YB,yang memberikan kata-kata manis untuk menunaikan permintaan rakyat dan masyarakat disini untuk menurap semula jalan yang hanya selebar lebih kurang 7-8 kaki lebar sepanjang lebuh kurang 13 kilo meter menghubungkan kampung ini ke bandar sungai lembing.Kalau ada pun hanya sekerat jalan sahaja,itupun baru berberapa bulan kini dah berlobang kembali.

Masa kini,masyarakat disini mungkin berasa berkecil hati,dulunya menyokong sebulat sura kepada kerajaan BN yang sanjungi kini,lihatlah sendiri..mungkin untuk cerita dulu..bertapa mereka menyanjungi kerajaan BN,tetapi berkemungkinan mereka berpaling kearah yang lain untuk perhatian.nak salahkan siapa?.

Disini tiada emas untuk untuk dijadikan kebanggaan,disini tiada telaga minyak untuk sebut-sebutkan dan disini tiada apa yang diperkenankan,maka terpinggirlah kami anak watan dilaluan berbatu batan biarpun di bawah jajahan kuantan..

masyarakat disini inginkan perhatian,dahagakan pembangunan untuk anak-anak bangsa orang asli kampung sungai mas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan